Meninggal dunia Mohamed_Khir_Johari

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 November 2006 akibat sesak nafas[7] semasa bersarapan pagi di kediamannya di Suasana Sentral Kondominium, Brickfields. Doktor mengesahkan beliau meninggal dunia akibat sakit jantung. Isterinya Puan Sri Cristine Lim ada bersama. Jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid Negara dan disembahyangi diketuai imam Datuk Kamaruddin Zakaria. Kemudian, beliau dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara pada kira-kira jam 6.45 petang.

Lebih 500 orang hadir di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir. Antaranya termasuklah Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.[8] Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat hadir kerana berada di Hanoi.